Blog ini satu perkongsian pengalaman dan pengetahuan yang sangat berguna ke arah BEBAS HUTANG dan dalam menyelesaikan permasalahan status kewangan " BLACKLIST " DAN/ATAU " BANKRAP " dengan cara rundingan dan permohonan mahkamah untuk mendapatkan pembatalan/pelepasan status bankrap ini. Dapatkan maklumat lebih jelas dari Kak Nas di talian 011-18728509. Jangan tunggu lama2, interest bank tu berjalan ya, mulakanlah dengan melangkah ke arah peluang kedua ini.
~~ KAK NAS SEDIA MENDENGAR ~~

PENYELESAIAN MASALAH STATUS KEWANGAN BANKRAP

Thursday 18 October 2018

YA ALLAH, HAMBAMU DATANG MENYAMBUT PANGGILANMU


Assalamualaikum...

Untuk pengetahuan semua, kak Nas dan suami akan pergi Umrah pada 29 Nov 2018 ini. Sememangnya kami teringin sangat nak pergi dari dulu lagi tapi apakan daya terlalu banyak rintangan dan halangan sebelum ini dan kemampuan pun agak terhad masa tu.

Syukurlah sampai juga masanya dan rezeki pun ada ditambah pula dari pengeluaran KWSP hasil titik peluh inilah yang berjaya membawa kak Nas dan suami pergi mendaftar di salah satu Agensi Umrah (Agensi yang sama Klien kak Nas gunakan selepas selesai Bicara Pembatalan Bankrapnya). Semoga segalanya dipermudahkan nanti di sana dan nanti bila balik ke tanah air, InshaaAllah kak Nas akan kongsikan pengalaman di sana nanti ya!. Doa2kanlah yang terbaik untuk kami ya!.

Di sana nanti, kak Nas akan doakan juga untuk semua Klien kak Nas serta semua yang membaca posting ini agar di berikan petunjuk dan hidayah, di lindungi dari segala musibah termasuklah hutang piutang, dipermudahkan segala urusan untuk keluar dari situasi ini serta diberikan ketenangan hidup, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.... Aamiin.

Memandangkan pejabat YN Property & Network Services inipun bukannya syarikat yang besar, kita2 je jadi kami akan beristirehat dan pejabat akan ditutup selama urusan Umrah ini bermula dari 29 November 2018 hingga 16 Disember 2018 dan akan di buka semula pada 17 Disember 2018 (ISNIN) mengikut waktu biasa pejabat kami.

Kak Nas ingin mengingatkan lagi kepada mereka yang sesungguhnya ikhlas untuk membayar hutang2 tu, bermulalah menyimpan dari sekarang. Biarpun sedikit, lama2 akan jadi bukit juga... walaupun bukan berbukit2, cukuplah sekadar apa yang ada. Yang penting untuk hutang tu ada bahagiannya. Hidup ini tidak akan tenang selagi hutang tidak dibayar.

Kak Nas hanya mengingatkan sesama Islam. Tidak terlintas di hati ini untuk mengeji atau memaksa anda semua untuk menggunakan khidmat kak Nas. Kak Nas pun insan yang banyak kekurangan nya. Masih terus belajar dan menginsafi diri cuba buat yang terbaik untuk semua.

Semoga Allah akan memberi petunjuk dan hidayah pada kita semua untuk meneruskan khidmat ini memudahkan dan meringankan bebanan semua walaupun bukan pinjaman kewangan yang kak Nas berikan.

Hanya Allah yang maha mendengar... mintalah padaNya.






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.