Blog ini satu perkongsian pengalaman dan pengetahuan yang sangat berguna ke arah BEBAS HUTANG dan dalam menyelesaikan permasalahan status kewangan " BLACKLIST " DAN/ATAU " BANKRAP " dengan cara rundingan dan permohonan mahkamah untuk mendapatkan pembatalan/pelepasan status bankrap ini. Dapatkan maklumat lebih jelas dari Kak Nas di talian 011-18728509. Jangan tunggu lama2, interest bank tu berjalan ya, mulakanlah dengan melangkah ke arah peluang kedua ini.
~~ KAK NAS SEDIA MENDENGAR ~~

PENYELESAIAN MASALAH STATUS KEWANGAN BANKRAP

Wednesday 30 November 2022

BACALAH KALAU DAH LEMAU ATAU DOWN TU!!! (RE-POSTING)



REPOSTING JANGAN BAGI LEMAU

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Dah nak dekat2 je ke penghujung 2022 Alhamdullillah... SEMOGA KITA TERUS DILINDUNGI & DIBERKATI SELALU.... Aamiin Yarabbulalamin ❤❤❤ 

SEMOGA TAHUN INI & TAHUN2 BERIKUTNYA, LEBIH RAMAI LAGI YANG DAPAT KITA USAHAKAN KELUAR DARI STATUS BLACKLIST DAN BANKRAP INI YA... INSYAALLAH.... AAMIIN YARABBULALAMIN ❤❤❤

KakNas tahu ramai kat luar tu yang bermasalah kewangan, keadaan dah semakin getir dan sedih sekarang ni... ni realiti tau, kalau pergi pasar beli barang basah dengan RM100 (22.10.2022) dapat beli untuk hari tu je untuk makan 7 orang sekeluarga. Ni dah betul2 berjimat tau!.... tapi bersyukurlah juga kerana masih mampu lagi. KakNas teringat juga pada yang kurang mampu tu... macamanalah nasib dorang tu, kan?. KakNas hanya dapat doakan untuk semua  agar Allah mempermudahkan segala urusan kita semua.... Aamiin Yarabbulalamin.

KakNas nak cerita juga ni apa yang kakNas nampak baru2 ni, ramai betul yang pergi je Pajak Gadai baik yang biasa ataupun AR Rahnu, tu simpanan dah keringlah tu. Tapi nasib baik ada emas lagi, kan? KakNas faham keadaan tu, kakNaspun macam tu juga, buat apa nak malu atau nak lindung2. KakNas bukan kaya cuma tak ada hutang je. Ini kehidupan nyata. Yang penting kita tak menyusahkan orang lain. Jadi korang bila tengah ada duit tu, beli je lah EMAS tau. Inilah juga salah satu sebab perempuan suka beli emas... selain nak melaram, kita beringat waktu kecemasan nanti... tak semua orang suka meminta2 atau meminjam2, kan? 

Keadaan akan jadi lebih parah jika berhutang terutamanya yang dalam status blacklist dan hampir2 nak dibankrapkan, yang masih terfikir2 apa yang perlu dibuat setelah dibankrapkan?.... Relaxlah dah bankrap pun. Jangan putus harap tau!!! Bila dah bankrap ini bukannya jalan mati. Ada rezeki nanti bayarlah... Insyaallah yakin je Allah akan bantu kita. 

Macam ni lah, jangan panik dan jangan bersedih... yang dah bankrap tu, redha je lah! Bagi memudahkan urusan bankrap di masa hadapan, hubungi kakNas kalau nak kakNas bagi cadangan atau bagi jalan yang terbaik dan bersesuaian dengan situasi masing2 berhubung isu hutang tertunggak ke, blacklisted atau kebankrapan ini. Jangan segan2 tau!. Setakat bertanya tu, jangan risau percuma je jika ianya dalam pengetahuan kakNas.

Tugas KakNas sebagai Penasihat & Perunding anda mengikut situasi masalah dan keperluan anda sahaja. 

Dan banyak lagi persoalan2 lain yang tidak di sangka2 dalam kehidupan ini jika berkaitan HUTANG/BLACKLISTED/BANKRAP ini, 
Percayalah!

Sekiranya anda perlukan seseorang untuk menjadi pendengar kepada persoalan dan permasalahan anda, hubungi kakNas segera di 011-1872 8509 (whatsap), bila2 masa sahaja, kakNas sedia mendengar atau membacanya... tapi biarlah yang betul2 serius dalam situasi yang buntu dan tak tahu apa lagi nak buat... Insyaallah kakNas cuba yang terbaik dan termampu.

KakNas bersedia berkhidmat untuk anda secara peribadi jika diperlukan... Insyaallah. Tapi kalau tak nak pun tidak mengapa, tiada siapa pun yang boleh memaksa anda menggunakan khidmat kakNas ini. 

Tetapi, Kalau tak nak pun, janganlah sampai mengeluarkan kata2 yang kesat atau mengguris hati kakNas, janganlah melemahkan semangat kakNas nak membantu yang lain. Tapi Mentor kakNas kata, memang ada orang yang akan tolak khidmat kakNas ini atas sebarang sebab masing2, dan ada juga orang yang akan menggunakan khidmat kakNas ini, jadi mengapa kakNas nak mengalah... Insyaallah rezeki Allah luas dan yang penting kakNas dapat memanfaatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman hidup dan kerja kakNas pada mereka yang memerlukan khidmat kakNas ini.

Setiap yang berlaku itu terlalu indah untuk diungkapkan. Perjalanan hidup ini harus diteruskan, usahalah dengan bersungguh2 untuk keluar dari sebarang masalah selagi Allah beri kita bernafas. Jangan menyalahkan orang lain, semua yang telah berlaku ini, akuilah sahaja... semua itu dari kesilapan kita sendiri. Kita yang memulakan dan kita juga harus menamatkannya.

Kadang-kadang kita perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang terbelenggu di fikiran kita, bukan semua orang bersedia untuk mendengarnya... Insyaallah kakNas akan cuba menjadi pendengar dan penasihat yang baik.

KakNas hanya ingin meringankan tekanan dan bebanan yang ada pada mereka sahaja. Kalau perlukan khidmat kakNas, Alhamdulillah, kakNas cuba yang terbaik dan termampu yang kakNas dapat bantu.

Yang mana kakNas dah selesaikan fail mereka dari merundingkan jumlah penyelesaian baki pinjaman serendah2nya dan semampu mereka untuk membayarnya, sehinggalah ada yang dah dapat Perintah Pembatalan atau dah dapat Sijil Perlepasan tu... bersyukurlah kepada Allah kerana dapat peluang kedua ini... Tahniah!

Kepada yang telah menggunakan khidmat kakNas, terima kasih kakNas ucapkan di atas peluang yang diberi kepada kakNas untuk menguruskan fail2 anda semua sehingga selesai.

Bagi yang masih belum cukup simpanan tu... teruslah menyimpan, jangan patah semangat.... Allah sayang awak tu, Dia nak uji awak lagi! Cuba perhatikan dan renungkan sejenak, apa yang kurang... perbetulkan dahulu. 

Ingat ni! bukan awak sorang yang diuji sekarang ni....ramai kat luar tu tengah bertungkus lumus tu. Jadi kita sama2 terus jaga solat, berzikir selalu...letak Allah dihati selalu.... Allahuakhbar.

Insyaallah masa untuk awak bebas dari status HUTANG/BLACKLISTED/BANKRAP ini tak lama je lagi, teruslah bersabar...

BAGI MEREKA YANG DAH LAMA BANKRAP KAT LUAR TU... KELUARLAH, HUBUNGI KAKNAS, MARI MULAKAN DARI AWAL... PELUANG YANG ADA INI JANGAN DILEPASKAN... YANG MASIH BOLEH BEKERJA DAN NAK BEKERJA? NAK BUKA AKAUN BANK KE? JANGAN TUNGGU2 DAN FIKIR2 LAGI, DAPATKAN NASIHAT DARI KAKNAS, KAKNAS TUNJUKKAN JALAN... NAK TAK?

KAKNAS TAK MAMPU NAK BERI BANTUAN KEWANGAN!!! MAAF SANGAT-SANGAT YA!

JADI, KALAU NAK SELESAIKAN MASALAH KEWANGAN INI SECARA PEMBATALAN, ANDA MESTI MULA MENYIMPAN DAN BILA SUDAH ADA BAJET ATAUPUN SIMPANAN NANTI, BARULAH BUAT LANGKAH SELANJUTNYA. 

TETAPI JIKA TIADA LANGSUNG KEMAMPUAN KEWANGAN, ADA CARANYA... NAK TAHU KAKNAS AJARKAN CARANYA, WHATSAP KAKNAS YA!

SEMOGA TAHUN-TAHUN MENDATANG INI AKAN RAMAI LAGI YANG KAKNAS DAPAT BANTU, INSYAALLAH. SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA SEMUA HENDAKNYA....

KAKNAS BANTU ANDA, ANDA BANTU KAKNAS... TAK SALAH, KAN?


TERUSLAH MEMBACA POSTING2 KAKNAS DIBLOG INI, SEMOGA DAPAT MEMBERI INSPIRASI, SEMANGAT & TUNJUKAJAR AGAR LEBIH BERSEDIA MENGHADAPI HARI2 MENDATANG INI. KALAU NASIB TAK BAIK, KITA TAK AKAN SELALU DIATAS, JADI BILA KITA JATUH, MOGA KITA MASIH BOLEH BANGUN LAGI... INSYAALAH.

011-1872 8509
(whatsap) 












No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.