Blog ini satu perkongsian pengalaman dan pengetahuan yang sangat berguna ke arah BEBAS HUTANG dan dalam menyelesaikan permasalahan status kewangan " BLACKLIST " DAN/ATAU " BANKRAP " dengan cara rundingan dan permohonan mahkamah untuk mendapatkan pembatalan/pelepasan status bankrap ini. Dapatkan maklumat lebih jelas dari Kak Nas di talian 011-18728509. Jangan tunggu lama2, interest bank tu berjalan ya, mulakanlah dengan melangkah ke arah peluang kedua ini.
~~ KAK NAS SEDIA MENDENGAR ~~

PENYELESAIAN MASALAH STATUS KEWANGAN BANKRAP

Saturday 12 August 2023

RAMAI KAT LUAR TU DAH LAMA BANKRAP... APA LAGI, TAK NAK CUBA KE!!!



Salam Sejahtera, kakNas harap semua tenang2 dan bergembira bersama family tercinta ya!

Malam ni kakNas susah pula nak tidur, jadi kakNas ambillah peluang ni untuk membuat coretan sikit.

Alhamdulillah kita semua masih bernafas sehingga ke hari ini dan kakNas masih dapat meneruskan apa yang kakNas buat, hanya masa kakNas sahaja yang agak padat sekarang ini. Walau bagaimanapun, insyaallah blog ini akan kakNas cuba update kan selalu dari masa ke semasa. KakNas akan kongsikan sesuatu yang sangat menarik dan penting.




KakNas tahu masih ramai lagi yang telah dibankrapkan, tak kira baru ke atau dah bertahun2 dibankrapkan... mungkin ada yang dah tak mahu langsung ambil tahu, dah malas memikirkan sesuatu yang di luar kemampuan, dan ada yang masih tercari2 cara dan peluang untuk menyelesaikan masalah kebankrapan ini.

Macam inilah... apa kata, hubungilah KakNas, tak kiralah apapun masalah kewangan korang, dapatkanlah dulu pencerahan dari kak Nas, apa yang patut dibuat.

Insyaallah, ada caranya... 

011-1872 8509
(whatsap) 

Pada mereka yang telah dibankrapkan dan telah ada sumber untuk keluar dari status bankrap ini tetapi tak tahu apa yang perlu dibuat, jangan segan-segan bertanya. 

Buat apa nak dirisaukan atau pening-pening, serahkan semua pada kakNas untuk uruskan dari awal hingga selesai. 


Dah ramai yang bankrap, tak perlu MALU ataupun DOWN lama-lama. Buat tindakan segera!




Bagi yang telah dibankrapkan samada baru ataupun telah lama, mereka2 inilah juga ada yang terus menyepikan diri, bukannya apa... Mereka tu bukan tak nak buat apa2 tetapi tiada info atau bermacam2 info dorang perolehi yang salah dan menakutkan mereka.

Bilangan Bankrap bukan berkurangan tetapi semakin hari terus meningkat hari ke hari... menakutkan! Kita tak nampak tapi cuba pergi ke Mahkamah, bersepah2 Petisyen Pemiutang yang menunggu tarikh Bicara jatuh hukum BANKRAP.

Nasihat kakNas, jangan takut, jangan menyepikan diri, masalah akan jadi sulit lagi dan tiada penyelesaian langsung... biarlah sekarang anda belum mampu lagi untuk selesaikan masalah kewangan ini, tetapi yakinlah pada Allah, minta bantuan dari Nya, Insyaallah akan ada jalan penyelesaiannya, percaya dan yakinlah!

Bukan untuk menakutkan, kalau sayang diri dan keluarga, hubungilah kakNas segera!

Jadi, kepada yang rasa blog kakNas ini boleh membantu mereka2 yang di luar sana tu, war2kan lah blog ini dan kongsi2kanlah kepada mereka yang memerlukan khidmat nasihat kakNas ini atau bagi nombor HP kakNas ni 011-1872 8509 kepada mereka, suruh mereka hubungi kakNas terus untuk mendapatkan nasihat dan pandangan. Kesian.... Sampai bila dorang nak berstatus bankrap ini. Kita tak tahu hati mereka... 

Khas nya orang Islam, hutang wajib dibayar, kalau mati bawa pula sama hutang-hutang ni... kesian rohnya tak tenteram.




Bagi anak2 yang mempunyai ibu bapa yang telah diblacklisted ataupun telah dibankrapkan, cuba2lah bantu mereka... mungkin sudah sampai masanya anak2 pula membantu ibu bapa yang mempunyai masalah status kewangan ini. Sapa tahu, kan... sebab2 mereka dibankrapkan pun adalah kerana berkorban untuk anak2, kakNas tahu ibu bapa tak akan sesekali bercerita tentang status mereka kepada anak2... inilah salah satu pengorbanan mereka yang anak2 perlu tahu. Mereka mesti ada keinginan untuk pergi Umrah dan Haji jika anak2 mereka ada kemampuan, jadi buatlah sesuatu untuk mereka, hubungilah kakNas dan ceritalah status mereka. 

Perhatikanlah wajah kedua ibu bapa kita... kalau mereka selalu bermenung durja,  berdiam diri, mata bengkak2 tu... mesti ada masalah besar!

Mulai malam ini, cubalah korek2 sikit bertanya kepada kedua ibu bapa kita, apa masalah mereka... mungkin sebab status blacklisted atau bankrap... ataupun mereka menyimpan keinginan untuk ke Mekah... Semua orang Islam berkeinginan pergi ke sana tetapi apa yang menghalang, hanya Allah sahaja yang tahu.

KakNas yakin... ramai ibu dan bapa yang baca posting ini tidak akan bercerita masalah kewangan mereka kepada anak2... kononnya itu tanggungjawab ibu bapa... itu dulu ketika ibu dan bapa ada sumber kewangan tetapi sekarang apabila dibankrapkan, nak cari kat mana duit tu?

Jangan hipokrit, jangan berlakon lagi... anak2 semua dah besar panjang, dorang patut tahu... itu yang kakNas buat, biar dorang faham dan belajar dari kesilapan yang kakNas buat. Insyaallah anak2 dah boleh berfikir sendiri. 

Oklah dah panjang lebar menulis malam ni... maaflah apa yang kakNas tulis kali ni hanya untuk bagi kesedaran pada yang memerlukan. Tiada langsung berniat mengaibkan sesiapa pun. 

Bersikap positif selalu... Insyaallah Allah akan mempermudahkan segala usaha kita dalam melunaskan hutang2 yang ada ini...





2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.