Blog ini satu perkongsian pengalaman dan pengetahuan yang sangat berguna ke arah BEBAS HUTANG dan dalam menyelesaikan permasalahan status kewangan " BLACKLIST " DAN/ATAU " BANKRAP " dengan cara rundingan dan permohonan mahkamah untuk mendapatkan pembatalan/pelepasan status bankrap ini. Dapatkan maklumat lebih jelas dari Kak Nas di talian 011-18728509. Jangan tunggu lama2, interest bank tu berjalan ya, mulakanlah dengan melangkah ke arah peluang kedua ini.
~~ KAK NAS SEDIA MENDENGAR ~~

PENYELESAIAN MASALAH STATUS KEWANGAN BANKRAP

Thursday 14 September 2017

JANGAN BACA JE, BUAT TINDAKAN SEGERA! NANTI TAK SEMPAT...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat beristirehat semua.... Alhamdulillah dapat kita berehat bersama keluarga hari ini. Maaf kalau kak Nas mengganggu... Terima kasih meluangkan masa membaca tulisan kak Nas yang tidak seberapa ni... yang penting kak Nas masih dapat berkongsi dengan semua pembaca kak Nas.

Tajuk posting kak Nas di atas tu memang kak Nas tujukan kepada pembaca2 blog kak Nas yang sedang berada di luar negara, tak kiralah samada mereka bekerja, belajar, bercuti ataupun mengikut suami yang bekerja di sana. Kak Nas tahu ada yang sedang membaca blog kak Nas ni.... Alhamdulillah, jauh perginya blog ni ya...

Apa yang kak Nas nak mereka semua tahu yang sekiranya dengan sedar atau tidak sedar, ada pinjaman mereka yang tanpa pengetahuan mereka telah berada dalam satu situasi yang genting, dimana mereka hanya sedar yang akaun bank mereka di Malaysia telah di sekat. Rupa-rupanya mereka telah dibankrapkan... aduh mesti risau giler, kan?

Terkejut tu, tentu tak seberapa sebab dah tahu awal-awal lagi tak bayar, jadi inilah risikonya... kan? lagi2 bila menyemak nama di aplikasi yang kak nas share di posting yang lepas2 tu, nama mereka telah disenaraihitamkan oleh pihak Imigresen dan tidak dibenarkan keluar negara selagi tidak berurusan dengan pihak Jabatan Insolvensi Malaysia. Tu yang takut nak balik ke Malaysia, nanti tak boleh pulak ke luar negara semula... kan?

Kalau terjadi begini, macam ni lah, jangan panik tau!... hubungi kak Nas 011-1872 8509 segera, nanti kak Nas tolong dengar dulu apa yang korang nak cerita pada kak Nas ya! Jangan lupa tau, kenalkan lah diri tu dulu dan dari mana... lepas tu, kak Nas akan bagi pencerahan bagi memudahkan apa yang patut dilakukan... Insyaallah.

Janganlah kerana masalah ini, korang takut nak balik ke Malaysia dan sanggup melupakan keluarga di sini.

Insyaallah ada caranya dan jalan terbaik yang perlu dilakukan... Ingat! Jangan lari dari masalah, tidak akan selesai masalah yang ada ini jika kita terus lari atau mengelakkan diri... percayalah! 😊👌👍

Semoga semua pembaca blog kak Nas ini sentiasa dilindungi Allah walau dimana sahaja berada dan di permudahkan segala urusan... Insyaallah. Doa kak Nas sentiasa bersama korang semua... 


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.