Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Hari ni ada kelapangan sedikit untuk kakNas "update" blog ini. Lama rasanya tak mencurahkan perasaan dengan penulisan yang ala2 kadar ni...
Bukan sengaja tak nak menulis tetapi masa tu macam tak mengizinkan rasanya.
Kita berbalik kepada urusan yang biasa dibuat ni, syukur Alhamdulillah, urusan masih diteruskan kerana masih ada yang memerlukan khidmat nasihat dan rundingan dari KakNas Perunding.
Kesekian kalinya kakNas nak bagitau, urusan berkaitan hutang ini, mesti ada MODAL, kita tak boleh teruskan tindakan jika modal tiada dalam tangan. Lagi satu Hutang wajib dibayar. Hanya tindakan dan usaha je untuk dapatkan pengurangan yang terbaik membolehkan kita berkemampuan menyelesaikan masalah ini dengan kemampuan yang ada tu.
Jadi, sekiranya Modal masih belum ada lagi, buatlah dulu simpanan, dah rasa simpanan tu dah boleh mulakan tindakan, berhubung terus dengan kakNas, janganlah berhubung terus dengan Pemiutang tu, nanti buat silap, seumur hidup akan menyesal. Tapi jika kemampuan tu dah terlebih2, tak mengapa, teruslah berhubung dengan Pemiutang tu. Terima je tawaran yang di beri tu.
Lagi satu kakNas nak ingatkan, jangan terlalu terdesak nak bebaskan diri dari hutang atau status blacklist maupun status bankrap ni ya sebab ada orang yang akan ambil kesempatan. Macam2 janjinya nanti jika kita begitu terdesak. INGAT NI! TIADA ORANG YANG AKAN SENANG2 KELUARKAN DUITNYA BERPULUH ATAU BERATUS RIBU UNTUK BANTU KITA KECUALI KELUARGA SENDIRI!!! KALAU REZEKI AWAK ADA PUN, BERWASPADALAH YA... tu jelah nasihat kakNas ok!
KakNas ni hanya tolong memudahkan sahaja urusan rundingan korang dan bagi yang bankrap tu sekalilah kakNas uruskan untuk urusan pembatalan kat Mahkamah tu. Korang jangan ingat, dah bayar Insolvensi, status bankrap dah clear tau!. BELUM BERES LAGI TU!
Itulah sebabnya jika tak tahu uruskan, bagi jelah kakNas uruskan, lengkap dan teratur, Insyaallah. Korang hanya perlu duduk dan tunggu sahaja segala berita dari urusan yang dibuat tu nanti. Tapi kakNas memang tak paksa gunakan khidmat kakNas. Cuma kakNas harap janganlah buat apa yang korang tak tahu buat tu, bukan apa, untuk elakkan dari melakukan kesilapan dan jadi bertambah sulit lagi nanti.... itu je!
Terus terang kakNas katakan urusan ni semua bukan kakNas yang tentukan kelulusannya, kakNas hanya usahakan sahaja.... kelulusan bergantung pada kemampuan diri sendiri juga, jika tawaran tersebut korang mampu bayar, dalam seminggu dua, kes dah selesai.
Tapi jika tersangkut kat sini, jangan susah hati, kita akan terus usahakan untuk pengurangan lagi, jadi kenalah bersabar, sabar sangat diperlukan dalam urusan ini. Kita akan uruskan sehingga "win win situation" terjadi, Insyaallah dan masa berunding inilah juga memberi korang masa untuk menambah simpanan yang ada tu.
Hidup kita ini tidak akan tenang selagi hutang masih belum habis bayar. Ramai yang impikan ketenangan ini. KakNas doakan agar semua pembaca di sini akan mencapai impian yang dihajati tu sekiranya berjaya mengawal nafsu.... Aamiin YRA.
KakNas juga nak bagitau sekali lagi, bukan hanya BANKRAP sahaja yang kakNas rundingkan, tetapi yang berhutang lama berbulan-bulan, bertahun-tahun tak sambung bayar lagi tu pun kakNas uruskan.... ingat ya! jangan diabaikan semua hutang yang ada tu, kerana interest/faedahnya tetap berjalan, kecuali BANKRAP... jangan nanti terkejut "beruk" bila tengok tuntutan yang dibuat dorang tu... masa ni hanya Allah yang tahu perasaan korang... percayalah apa yang kakNas katakan ni sebab kakNas pun dulu berhutang juga... apa nak malu, dah ramai sangat orang yang berhutang ni, kan? KECUALI YANG BERLAMBAK2 DUIT TU... WALLAHUALAM.
Cerita pasal "MALU" ni, bila dah Allah temukan korang dengan kakNas, janganlah malu2 lagi... kalau malu, semua kerja tak boleh buat... fikir positif, "hutang aku hanya banyak ni je... ada ramai lagi yang malang berhutang beratus ribu... jutaan lagi tu, kan? lagi parah tau... tapi relax lah, tenang hadapi segalanya, Insyaallah Allah akan sentiasa memudahkan urusan hambanya yang mempunyai niat yang baik... Aamiin Yarabulalamin.
Setakat ini dulu penulisan kakNas untuk kali ini. Semoga di masa akan datang, kakNas ada kelapangan untuk menulis lagi.
Semoga kita semua dilindungi Allah dari segala musibah, penyakit, kemalangan dan hutang piutang yang tidak mampu kita bayar!
Aamiin Aamiin Aamiin Yarabulalamin. 💖💖💖☝
#jagadirijagakeluarga
#jagasop
#bebashutang
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.