Blog ini satu perkongsian pengalaman dan pengetahuan yang sangat berguna ke arah BEBAS HUTANG dan dalam menyelesaikan permasalahan status kewangan " BLACKLIST " DAN/ATAU " BANKRAP " dengan cara rundingan dan permohonan mahkamah untuk mendapatkan pembatalan/pelepasan status bankrap ini. Dapatkan maklumat lebih jelas dari Kak Nas di talian 011-18728509. Jangan tunggu lama2, interest bank tu berjalan ya, mulakanlah dengan melangkah ke arah peluang kedua ini.
~~ KAK NAS SEDIA MENDENGAR ~~

PENYELESAIAN MASALAH STATUS KEWANGAN BANKRAP

Sunday 16 October 2022

NI SALAH SATU SEKSAAN DUNIA YANG RAMAI HADAPI JANGAN MENGALAH, BERUSAHALAH LEBIH LAGI, INSAALLAH.

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Asalnya dari hutang sahaja, boleh menyebabkan masalah berlanjutan dan kesakitan yang sangat mendalam dalam kehidupan orang yang berhutang. 
"Sakitnya, tiada sapa yang tahu..., yang tahu & faham, hanya yang pernah mengalaminya"

1. Bila mula gagal dan tiada kemampuan untuk bayar hutang yang ada, hidup dah mula tak tenang.
2. Bila baki gaji tinggal nyawa2 ikan tak sempat hingga hujung bulan depan, dah mula nak cari tempat nak berhutang lagi... macamana tu?
3. Bila setiap bulan menghadapi tekanan yang sama, rasa hidup ni dah macam tunggang terbalik... apa lagi? Carilah income tambahan, usaha kena tingkatkan lagi!
4. Bila nak berbincang dengan pihak bank, tak dilayan & hiraukan. Ini biasa berlaku... dulu mula2 manis dan perihatin sangat. Doakan agar dorang dilembutkan hati! Takpe dorang pun bekerja juga, Allah nak balas kejap je, nanti kena juga batang hidung sendiri tu. Bukan mendoakan tapi memang akan berlaku juga pada yang sombong & kering hati tu!
5. Bila bank hantar surat saman, panik ada, nak terkencing ada, nak terberak ada, macam2 rasa ada dan macam2 fikir. Tak tahu nak buat apa? 
6. Bila nama disenaraihitamkan, memang takde harapan lah nak meminjam lagi dengan bank. Habis tu nak pinjam Along atau Pinjaman Berlesen? Aduih! Jangan nak tambah susah yang ada tu.... Elakkan!!!
7. Bila akaun bank disekat, macam2 sebab tu! Jangan nak panik sangat!
8. Bila dapat gangguan/ugutan dari pemungut hutang, aduih ni memang sakit! Tapi relax la, ada caranya.
9. Bila gagal atau tiada kemampuan untuk menyambung pembayaran seperti yang dijanjikan dengan AKPK. Bersedialah dengan apa yang bakal dihadapi.
10. Bila nak cuba buat pinjaman baru, selalu ditolak mentah2. Kalau adapun yang jarang orang lain buat... ramai sangat menipu, hati2!
11. Bila susu anak pun tak dapat nak beli hinggakan hanya mampu beli susu pekat sahaja. Nasib baik ada juga susu pekat tu, orang lain yang lebih tak mampu tu hanya air sejuk je bagi pada anak. Jadi buatlah sesuatu!
12. Bila hari2 makan nasi dengan telor atau paling teruk sekali dengan air panas dan garam sahaja.
13. Bila di tempat kerja kawan2 pejabat ajak makan sama terpaksa menolak dengan alasan puasa ataupun diet.
14. Bila duit belanja anak2 nak kesekolahpun tak dapat diberikan setiap hari.
15. Bila hutang menguasai hidup melebihi dari Pendapatan yang ada.
16. Bila status menjadi lebih buruk apabila diri dibankrapkan
17. Bila rasa takut dibuang kerja disebabkan status bankrap ini
18. Bila perasaan malu dalam diri hingga menyangka semua orang disekeliling tahu status bankrap ni.
19. Bila disebabkan hutang atau status bankrap ini, rumahtangga menjadi kacau bilau, selalu bergaduh.
20. Bila dah putus asa atau dah rasa tersungkur, susah sangat nak bangun balik.
21. Bila hutang2 ni bukan dari kesilapan sendiri, lebih2 lagi kalau puncanya dari keluarga sendiri
22. Bila diri dipandang seperti penjenayah yang hina/rendah apabila diketahui berstatus bankrap.
23. Bila keinginan nak ikut syarikat bercuti bersama rakan2 kerja yang lain tersekat kerana status bankrap ini.... sedih sangat tau! Bagi alasan anak2 tak biasa ditinggalkan, padahal takut majikan tahu diri dah bankrap.

Ini pun dah cukup banyak yang boleh dikongsikan di sini.

Kalau rasa terseksa dan dah ada bajet nak keluar dari seksaan Dunia ni, Hubungi lah nombor dibawah ni ya, Insyaallah kita mudahkan urusan nanti.

Terima kasih.

01118728509

BLOGSPOT
https://ynstatuskewangan.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.