Blog ini satu perkongsian pengalaman dan pengetahuan yang sangat berguna ke arah BEBAS HUTANG dan dalam menyelesaikan permasalahan status kewangan " BLACKLIST " DAN/ATAU " BANKRAP " dengan cara rundingan dan permohonan mahkamah untuk mendapatkan pembatalan/pelepasan status bankrap ini. Dapatkan maklumat lebih jelas dari Kak Nas di talian 011-18728509. Jangan tunggu lama2, interest bank tu berjalan ya, mulakanlah dengan melangkah ke arah peluang kedua ini.
~~ KAK NAS SEDIA MENDENGAR ~~

PENYELESAIAN MASALAH STATUS KEWANGAN BANKRAP

Thursday, 24 October 2024

SEKARANG TAK MAMPU, MANA TAHU AKAN DATANG MAMPU... BIAR KAK NAS BAGI TIP, NAK?



Kak Nas tak nak panjang2 cerita lagi. Semua kak Nas rasa nak sangat keluar dari hutang dan belenggu berstatus Bankrap ini... betul tak?

Antara mampu dan tak mampu sahaja. Biar kak Nas bagi pencerahan ya, fahamkan ni ya...

1)

PEMBATALAN

Bila pilihan untuk buat Pembatalan ini, status bankrap tadi dah jadi bersih sebersihnya kalau hutang yang ada dalam fail bankrap itu sahajalah yang ada ya... kalau ada lagi hutang lain yang belum selesai lagi tu, hati2lah dan bayar baik2 jangan sampai dibankrapkan kali kedua pula... 

Nak buat pinjaman lagi memang tiada masalah lepas dapat pembatalan ini. Segala sekatan atau halangan dah tiada lagi lepas ni.


2)

PERLEPASAN


Ada yang layak 3 tahun, ada yang layak 5 tahun... ada yang bertahun2 masih gitu juga. Jadi keputusannya bergantung pada fail bankrap masing2 ya.

Tapi yang terkini Kerajaan bagi peluang yang agak baik juga tapi jangan terlalu gembira sangat ya... biasalah ada kelemahan juga disitu kerana ada kes2 yang selepas dapat perlepasan, mereka yang bekas BANKRAP ni masih diburu pihak Bank dimana Bank masih tetap menuntut baki hutang yang ada... Yang ni anda perlu dapatkan jawapan sendiri dari Pegawai Insolvensi anda. 

Syarat2 basic mesti dipatuhi. INGAT! JANGAN ABAIKAN PEMFAILAN PENYATA 6 BULAN PP.


NASIHAT / PANDANGAN

Kalau tiada bajet/simpanan sekarang, bagi yang telah bekerja bertahun2 tu, tunggu jelah pengeluaran KWSP, cukup je umur 50, mulakan tindakan. Tak tahu nak buat, rujuk kak Nas.

Kalau pengeluaran 50 tahun ni pun tak cukup peruntukan juga untuk bayar hutang dan keluar dari status Bankrap ini, tunggu pula bila umur 55 tahun.

Ini untuk mereka yang hanya mampu  mengharapkan simpanan KWSP sahaja untuk membuat penyelesaian baki hutang yang ada tu.

Insyaallah yang penting baki hutang kita yang masih ada tu mampu kita jelaskan agar tidak tergantung urusan kita di Akhirat nanti... Aamiin. Janganlah pula bila KWSP dah keluar, lupa segala hutang, apa yang dirancang, bertukar. Maaf! KakNas hanya bagitau je ni... Biasa berlaku ni.... Jadi jiwa kena kental ya adik2, kakak2, abang2, pakcik2 dan makcik2. Terpulang lah pada keputusan masing2, duit pun duit korang, hasil titik peluh korang, kan? Ingatan diawal tu bacalah balik ya!

Bagi mereka yang tiada langsung sumber untuk bayar hutang tu, jangan bersedih dan meratap nasib, tawakal je la dan jangan berhenti untuk bermohon dan berdoa pada Allah dengan sepenuh hati. Allah maha Mendengar rintihan hamba2Nya. Cepat atau lambat, pasti akan terkabul dengan cara yang Allah tentukan nanti.  Yakinlah perancangan Allah adalah yang terbaik. Biar saja Allah yang tentukan segalanya. Teruslah mengadu padaNya JANGAN pada MANUSIA....Ingat ni ya! Tak semua manusia mampu membantu kita dengan ikhlas.



JEMPUT COPY LINK2 DI BAWAH INI UNTUK DAPATKAN INFORMASI TERKINI YA!
SUDI2LAH LIKE ADD FOLLOW & SUBSCRIBE ✌️👌👍


FB: Puan Nas
FB Page: Nas Perunding
IG: Nas_Nafisah
TIKTOK: YNPNS
YouTube: Nas Nafisah

Nombor WhatsApp masih kekal sama ya 
011-18728509.

Terima kasih.

WASSALAM







No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.